KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu telah mengenal pasti tapak sesuai bagi pembinaan balai bomba di Pulau Redang dan Perhentian.
Pengarahnya, Hassan 'As'ari Omar berkata, pihaknya telah menghantar permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan Besut bagi mendapatkan kelulusan serta menguruskan prosedur berkaitan.
Beliau berkata, permohonan tersebut kini dalam proses penilaian untuk diberi kelulusan dan dijangka tidak akan mengambil masa yang panjang.
"Kami memang ada usaha untuk penambahbaikan perkhidmatan bomba di pulau. Difahamkan permohonan tersebut dalam pengetahuan pihak berwajib dan dalam proses untuk kelulusan," katanya selepas Majlis Perbarisan Hormat Pengarah JBPM Terengganu di Ibu Pejabat JBPM Terengganu, di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, pembinaan balai bomba di Pulau Redang dan Perhentian adalah perlu memandangkan lokasi tersebut terdapat ramai penduduk dan terdedah kepada pelbagai risiko kemalangan terutama kebakaran.
"Pembinaan sebuah balai bomba gred D dianggarkan menelan belanja antara RM4 juta hingga RM5 juta. Kami harap pembinaannya dapat disegerakan kerana ia sangat penting untuk keselamatan penduduk," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hassan 'As'ari berkata, pasukan Gerak Cepat (Red Team) JBPM Terengganu sedia untuk dikerah ke Johor sekiranya diperlukan bagi membantu kerja-kerja menyelamat mangsa banjir.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang arahan daripada ibu pejabat dan anggotanya berada dalam keadaan siap sedia.
"Pasukan Gerak Cepat kita ada 14 anggota, jika diperlukan kami akan aktifkan anggota bersama aset lori dan bot," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Hassan (dua, kiri) beramah mesra bersama pegawai-pegawai pada Majlis Perbarisan Kehormat Pengarah JBPM Negeri di Ibu Pejabat JBPM Terengganu di Kuala Terengganu semalam. --fotoBERNAMA
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Insinerator dijangka atasi masalah sampah di Pulau Redang - MB
Kerajaan negeri Terengganu akan menggunakan teknologi insinerator bagi mengatasi masalah longgokan sampah di Pulau Redang.
Penduduk terawal di Pulau Redang dapat MyKad baharu
Seorang warga emas menerima kad pengenalan (MyKad) baharu menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar).
Oceanman Pulau Redang kembali semula pada 26-27 Ogos
Setakat ini acara itu telah menerima lebih 400 penyertaan daripada pelbagai negara dan angka penyertaan dijangka terus meningkat.
Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang
Dua bot ambulans bernilai RM1.4 juta itu bagi menggantikan bot sedia ada yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan.
Bomba Terengganu kenal pasti tanah untuk bina balai di pulau
Permohonan dihantar kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan Besut bagi mendapatkan kelulusan serta menguruskan prosedur berkaitan.
Pulau Redang, Pulau Perhentian bakal nikmati elektrik 24 jam
Projek Pulau Tenaga Hijau itu akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap pada tahun 2025 bagi memberi kemudahan kepada penduduk di sana.
Alumni UPSI pecah rekod Malaysia, bina struktur terumbu glob terbesar dasar laut
Struktur terumbu glob itu mempunyai ketinggian tiga meter dengan berat melebihi 1 tan serta kedalaman 11 meter.
Mayat keempat tragedi bot nelayan karam ditemukan
Satu lagi mayat yang merupakan mangsa tragedi bot nelayan karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan hari ini.
Bot karam di Redang: Mayat tiga nelayan hilang ditemui
Tiga nelayan yang hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang kelmarin, ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas, hari ini.
Bot karam di Redang: 'Tak sangka hanya jumpa jenazah adik'
Difahamkan, setakat ini tiga daripada lima mangsa telah ditemui.